Kena Bentang Blog..huhuhu

Salam ukhwah untuk semua muslimin dan muslimat...

Alhamdulillah....lepas dah kena bentang ari ni..takut gak nak kena bentang. apa taknya kena bentang depan Hajjah (Dr. Siti Fatimah Yassin)..gayat gak.huhu..yelah mana la kita ni pandai sangat nak bercakap..lagipun first time kena present depan dia apa perkembangan yang kami semua dah buat.tapi Hajjah tadi ok jer tadi..siap bagi macam2 tips lagi..sekurang-kurangnya dapat input baru hari ni..tapi yang penting Hajjah suruh siapkan dulu laman P&P tu..barula dia nak bagi format untuk buat laporan akhir bagi Latihan Ilmiah kami semua..pening gak nak buat laman P&P tu..tapi ok la sikit..baru buat sikit je..banyak lagi nak kena tambah..

Thursday, October 23, 2008

Kisahku Dalam Menyiapkan Tesis

Assalamualaikum Semua.....

Sebelum tu, saya memohon maaf di atas kelewatan menyiapkan laman ini....Seperti kengkawan yang lain.... kami diletakkan di bawah penyeliaan Dr Saemah dan Dr Hajah Siti Fatimah...Kami dikehendaki membuat membuat berkaitan dengan tajuk... "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .....ikut tajuk masing-masing"...Kami satu kumpulan ada 21 0rang semuanya...so, bolehlah bincang2 mana yang tidak difahami...Coretan saya akan bermula pada minggu pertama sebagaimana yang kawan2 buat...


1.BELAJAR MEMAHIRKAN BLOG
Belajar buat blog ni saya dah belajar dari sebelum praktikal lagi...tapi sebelum di bagi tugasan lanjut lagi, minggu ni saya belajar lebih mendalam lagi..Sebok cari template untuk blog...tak puas hati dengan template yang ada, apa lagi tukar jer...huhu buang masa jer..

2.FAHAMI TUGASAN YANG DIBERIKAN
Saya bersama rakan2 berusaha untuk memahami tugasan yang diberikan. Apa yang saya faham, kami dikehendaki buat adalah :
- Buat blog berkaitan satu tajuk dalam P & P ( tajuk bebas )
- Menganalisis laman web yang berkaitan dengan tajuk pilihan
- Buat laporan
- Menjalankan esperimen ke atas blog yang telah disiapkan ke atas pelajar

3.MEMBUAT TINJAUAN LITERATUR
Saya juga melakukan penyelidikan ke atas laman2 web pendidikan Islam yang lain, bahan2 bacaan, artikel, jurnal dan sebagainya supaya saya dapat pengetahuan yang lebih mendalam lagi..

4.MENCARI TAJUK
Seperti kawan2 yang lain, saya mempunyai kesukaran untuk memilih tajuk yang sesuai..Pilih punya pilih, saya pun pilih tajuk ni. membuat berkaitan dengan tajuk...
"PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAN DAN JIHAD" PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH TINGKATAN 4

5.MEMBUAT KERANGKA KONSEP
Sebelum saya mencari laman web yang lebih khusus, saya kene buat peta konsep dulu supaya senang nak tengok objektif sebenar pencarian saya..Berdasarkan peta konsep, saya boleh mencari laman yang berkaitan..



6.MELIHAT SECARA RAWAK LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK IMAN DAN JIHAD
Tanpa buang masa, saya pun mencari laman web yang berkaitan berpandukan peta konsep..susah jugak cari ni. banyak yang tidak berkaitan...

7.MEMBINA BORANG PENILAIAN
Hmm..saya telah buat borang pembahagian laman web dalam Excel je..senang sikit...macam biasa buat 10 petak mengikut kriteria yang ada..

8.MENILAI LAMAN WEB
Adui...ni part paling payah dalam tugasan ni...berminggu saya kena menilai laman web orang lain...

Thursday, October 9, 2008

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN KAJIAN


Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian

  1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  1. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  1. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
  1. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti:
    1. Komputer Dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
    2. Psikologi Pendidikan;
    3. Teknologi Pendidikan;
    4. Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al-Quran;
    5. Pengukuran Penilaian;
    6. Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr Saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini)

Tajuk Latihan Ilmiah:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)


Panduan Proses Kajian

  1. Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
  2. Blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
  3. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
  4. Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ianya perlu melalui langkah-langkah berikut:
    1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
    2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadhil sesuai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini anda perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
    3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan Dr Saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan UKM. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke Kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
    4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
    5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini agar kami dapat memantau kajian anda.
    6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
    7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.
    8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

Panduan Proses Kajian - Mencari, Memilih dan Menilai

Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.

  1. Blog peribadi/personal (optional)
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut:

  1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
  4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (Ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda).
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

"Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08."


Panduan Strategi Metakognitif

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 Sept 08).

Saya juga menghantar kepada email saudara/i borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 Sept.

Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman


Selamat kembali

Salam Semua....

Jutaan Kemaafan saya pinta, buat masa ini blog saya masih dalam proses pembikinan..Harap anda bersabar...

Tuesday, October 7, 2008

salam pengenalan

assalamualaikum w.b.t

Monday, September 8, 2008

 
......Laman RefleksiKu... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger